Friday, July 3, 2009

Pengorbanan Wardina


Dipetik dari akhbar Harian Metro (3rd July,Jumaat)


Wardina juga sangat menitikberatkan pemakanan anak-anaknya sejak bayi lagi."Saya pastikan anak mendapat makanan berkhasiat untuk membentuk 'minda' mereka sebaik-baiknya. Sebab itu saya juga buat menu kegemaran anak di rumah supaya mereka mendapat khasiat secukupnya."Saya juga memberi mereka banyak stimulasi. Sebagaimana kita tahu otak kanak-kanak berkembang pesat ketika usia mereka dari satu hingga tujuh tahun, sekaligus menentukan 'sikap' mereka di kemudian hari," katanya. Pada masa sama, kata Wardina, dia juga sangat menyokong penyusuan susu ibu secara eksklusif, sejak dulu."Saya menyahut cabaran penyusuan susu ibu, selari dengan nasihat dan polisi Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta kerajaan.


"Golongan ibu diseru menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan terus menyusu sehingga 2 tahun ditambah dengan makanan pejal selepas 6 bulan.
"Saya akui bukan mudah melaksanakannya kerana ia begitu mencabar dari aspek fizikal dan mental. Sebenarnya, terlalu banyak kebaikan susu ibu kepada anak dan ibunya. "Saya masih menyusukan Imran secara eksklusif dan akan terus melakukannya, InsyaAllah sehingga dia berumur 2 tahun seperti dua anak saya sebelum ini. "Itu tanggungjawab saya sebagai ibu. Jika ada pihak mahukan nasihat dan sokongan, saya memang sedia membantu. Saya selalu berjumpa dan memberi nasihat kepada ibu baru secara percuma. E-mail saya di wardina.dina@yahoo.com," katanya. Wardina berkata, dia juga menggalakkan lebih ramai ibu berkerjaya menyusukan anak."Walaupun saya artis dan sibuk ke sana ke mari, tapi ia bukan alasan untuk tidak menyusukan badan. Ada cara dan kaedah yang boleh dipraktikkan."Cuma masalahnya, ramai ibu putus asa terlalu awal kerana tidak mendapat sokongan kerana kurang pengetahuan. Tiada kata yang dapat digambarkan apabila melihat anak kita membesar daripada darah daging sendiri," katanya.