Monday, April 5, 2010

Pusat Pemuliharaan Gajah,Kuala Gandah

Gajah2 di Pusat Pemuliharaan Gajah,Kuala Gandah

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974. Pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah. Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup.
Info Pelawat : Jadual Aktiviti Pelawat
Masa Aktiviti
2.15 petang MENUNGGANG GAJAH
2.30 petang MEMANDIKAN GAJAH
3.30 petang MEMBERI MAKANAN
3.45 petang VIDEO DOKUMENTARI
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi : Ketua Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Jabatan PERHILITAN Kuala Gandah, 28500 Lanchang Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 09-279 0391


Pautan berkaitan : Laman Web Rasmi PERHILITAN •
http://www.wildlife.gov.my/bhg_kualagandah.html

No comments:

Post a Comment